Salam perkenalan buat pendengar isi hati An sekalian...
Pertama kali An berani membuka sebuah lembaran untuk bercerita kisah hidup An. Kisah hidup yang tidak semegah hidup anak gadis di luar sana. Yang terlalu banyak perbezaan dan jurang dengan gadis yang bertuah di sekeliling An. An tiada tempat bercerita. An tidak mempunyai ramai kawan. An tidak mempunyai apa-apa penghibur di sekeliling hidup An. An hanya mencuba membuka lembaran ini untuk berkongsi cerita dengan seseorang.
Ya...
Seseorang yang mungkin sudi membalas ucapan salam An. Seseorang yang sudi menyampaikan senyuman atas kata-kata An. Seseorang yang mungkin boleh menemani An menitiskan air mata. Dan mungkin juga seseorang yang mungkin bercakap dengan An secara tidak zahir dilembaran hidup An ini. Yang sudi menulis kata-kata punyumbang semangat kepada An.
An seorang gadis biasa. An dilahirkan daripada sebuah keluarga yang penuh dengan pancaroba kehidupan. Tidak susah untuk hidup, tetapi tidak juga senang untuk bahagia. An mempunyai seorang emak yang sangat tabah mengharungi dugaan hebat dalam kehidupannya. An juga mempunyai seorang ayah yang An memang tidak rapat sejak An masih kecil. Persoalan tu biarlah An ceritakan di kemudian hari.
An mempunyai adik beradik tetapi....
....hanya Tuhan sahaja yang mengetahui bagaimana kehidupan An dengan mereka.
Lembaran ini mungkin akan dianggap tempat An membuka pekung kehidupan keluarga An,kehidupan orang disekeliling An dan mungkin hidup peribadi An sendiri. Tapi An berharap pendengar isi hati An semua boleh menerima secara positif apa yang An luahkan. An hendak mengatakan tiada niat sebegitu nampaklah bahawa An menipu. Tetapi hanya satu niat An. An berharap pendengar isi hati An dapat memandang berat setiap kisah yang An akan ceritakan di dalam lembaran ini supaya kita tidak melakukan kesalahan itu kepada orang lain. Supaya pendengar semua tahu silap diri kita sendiri. Supaya ada pendengar yang sedar bahawa bukan dia sahaja yang mempunyai nasib yang sama seperti An di dunia ini..
An harap kata-kata An di atas sudah dapat mengambarkan apa yang bakal di catat dalam lembaran ini. An tidak memaksa pendengar semua membaca setiap kisah kehidupan An. Kerana An tahu tidak semua orang mahu menyelami apa yang orang lain rasa. An hanya mampu menceritakan. Tetapi hanya pendengar semua yang boleh mentafsir dan memberi nasihat kepada An.
Salam penghujung bicara dari An.
~anonymusgirl~
No comments:
Post a Comment